Bila kita bercakap mengenai ego seorang lelaki..ramai yang menangkis bahawa mereka mempunyai ego x kurang juga ramai yang malu mengaku mereka mempunyai ego. Bagi ramai orang ego itu suatu benda yang tidak baik malahan tidak perlu ada pun. Ini adalah kesalahan yang nyata. Sebenarnya ego itu menjadikan lelaki lebih lelaki. Namun begitu ego yang berlebihan akan menyebabkan lelaki itu kehilangan seorang wanita.
5. Manusia ini masing-masing mempunyai ego, yang membezakannya adalah sama ada lelaki atau perempuan itu memendam ego mereka atau menonjolkan ego mereka. Dalam hal situasi sebenar pasangan yang bercinta, pasti berlaku ego ketika menghantar msg. Kadang-kadang kita menunggu msg dari pasangan masing2. Walaupun rindu tapi sanggup juga kita menahan kerana ego atau malu nampak seperti kita yang terlalu suka kepada dia. Kita menunggu dia yang menghantar msg kepada kita dahulu. Sebagai lelaki perlulah kita faham bawaha perempuan sentiasa menagih perhatian dari lelaki. Oleh itu tidak perlu gusar, msg je selalu. Cuma sekiranya terlalu kerap pasti menggangu privacy dia pula. Pada waktu lewat malam ketika pasangan itu tengah tido ke janganlah sesekali msg tanpa henti atau tepon sekiranya dia tidak reply. Sudah pasti semua orang tidak suka jika tidur mereka diganggu.
6. Perempuan sukakan hadiah dan surprise oleh itu selalulah menarik perhatian mereka dengan benda ini. Lelaki kadang2 hanya mementingkan dapat jalan bersama, keluar dan msg sahaja. Hadiah? tunggu setahun sekali baru dapat time birthday perempuan itu. Padahal perempuan cukup menghargai hadiah dari lelaki meskipun hadiah itu murah ataupun tidakpun menggunakan duit. Contohnya gubahan bunga ros dari tisu makan pun boleh dijadikan hadiah menarik untuk menarik perhatian dan perasaan si dia. Surprisekan selalu menunjukkan lelaki itu amat2 'cares' kepada perempuan itu.
7. Menipu. Lelaki kadang2 menipu untuk menjaga imej mereka ataupun ego mereka. Ini adalah suatu perkara yang 'descriptive'. Kita pasti pernah mendengar orang mengatakan tipu yang dibolehkan atau 'tipu sunat'. Untuk menjaga maruah tak apelah kerana perkara itu tidak akan berlaku lagi. Namun kalau menipu dan perkara itu terus berlaku dan dia dapat tahu kita menipu. Ia suatu perkara yang menghancurkan hati wanita. Perempuan susah untuk percaya lagi lelaki yang suka menipu. Jadi lebih baiklah lelaki kitu tidak menipu. Jujur dalam semua benda. Jujur kepada diri sendiri. Bagi yang berperangai kurang baik lebih baik mengubahnya kerana janji Allah dalam Surah An Nur ayat 24 yang bermaksud: “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik”,
akan disambung ke part ketiga..
Dari jari penulis blog....
Terima Kasih kerana memberi aku semangat untuk menyambung part kedua artikel ego seorang lelaki. Terima kasih jugak kepada pelayar blog rocai.blogspot kerana setia melawat dan memberikan komen yang positive walaupun lambat untuk aku post artikel ini. Dikesempatan ini aku sebagai wakil penulis blog ini menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana rocai.blogspot sudah lama tidak diupdatedkan kerana semua penulis utama rocai mengikuti latihan industri dan insyallah kami akan konvo bersama-sama bulan 8 ini. Insyallah. Jika ade kesempatan internet juga akan dipasang di kediaman kami dan akan ada post yang berterusan seperti biasa kembali. Apa-apapun Doakan kesejahteraan & kejayaan kami ya. Terima Kasih!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
c0mey...
baby ni..
p/s:nnt pakat2 p bli tisu wat bunga r0s...hua3
ego lelaki umpama gunung everest..
kemegahannya di cemburui semua gunung yg lain...
begitulah hebatnya lelaki..
tetapi gunung everest itu dengan mudah di cairkan oleh seorang insan yg bernama wanita.
there is women behind succesful man
Post a Comment