Aku baru saje balik dari Melbourne Australia. Sangat2 best dan sejuk di Melbourne. Selama 9 hari di Melbourne banyak yang aku experience. Korang bleh baca kat [link] .step out je aku dari Melbourne airport angin sejuk menghembus kat tubuh aku. Habis jadi gigel aku. Tercengang2 kat air port mat salleh ni. Aku baru je rase kejap sangat perjalanan aku dari air port LCCT sebelah klia. Aku jadi pening kejap dengan muka2 putih memenuhi air port dan sign post2 pelik aku x pernah nampak kat kay ell. Selama 9 jam dalam flight aku tido saje. Bila bangun tido jadi blank aku pun g toilet kat air port Melbourne melepaskan niat yang dh lama tertangguh2. Custom kat australian sangat2 strict bila nak masuk abez sumer beg2 aku kene selongkar. Include my family bag too. Rempah2 ratus kene rampas atas alasan ade kandungan Cloves? what the hell? org nak makan kari macam mane nnt. Malas nak argue dengan mat salleh ni aku go on jer la. Sampai di Air port Pak Cik Khairul dan tunggu dan Bro Jijan. Dua2 muka ni aku xpernah kenal pun. Tp mesra la dua2 ni. Aku naik dengan Bro Jijan. Dia dh kawen pun dan ade 3 orang anak kat australia ni. Mak dia naik satu flight dengan aku jadi dia jemput mak dia kat air port. Aku cuma tumpang same naik keta dia tuk hantar ke umah Cik Timah (kawan mak aku masa mak aku stdy kat Melbourne).
Duk dalam kereta tu aku diam saje tengok pemandangan dan suasana di Kota Idaman. Skali skala bro jijan akan borak2 dengan aku tunjuk2 tempat2 kat Melbourne. Aku pun ambik peluang tanya dia macam mane die datang sini, keje sini ke? Dia pun layanlah soalan aku dan tanye balik pasal politik2 kat Malaysia. Nasib baik aku ade baca2 gak pasal politik kat Malaysia. Adalah modal nak borak2 dengan orang yang dah setahun lebih x balik Malaysia ni. Lebih kurang sejam perjalanan dari melbourne air port. Kiterorang sampai lah ke umah Cik Timah. Hrum besar jugak umah Cik Timah ni. Cik Timah kuar aku pun nak g bersalam lah. Hulur jer tangan tak de sambutan dari Cik Timah hanya senyum saje. Alamak aku dh wat silap. Kalam kabut aku tarik balik salam aku. Aduss terkene lah ni. Kiranya Cik Timah walaupun dh 22 tahun menetap kat Australia. Namun adab sopan orang melayu masih kekal. Xpe stay cool. Aku tiba dlu dari family aku sebab aku naik sorang2 dengan bro jijan & family. Family aku naik dengan Pak Cik Khairul (Cik Timah husband). Sampai kat umah cik timah aku mandi kesejukkan. Lepas makan aku pun terlentang tdo sebab kepenatan.
Ringkasannya sebab ape aku panggil Melbourne City Kota Idaman. Adalah kerana organization system kat sini. Lebih teratur dan strict dari Malaysia. Yelah Australia dikira negara maju. Bukan negara dunia ketiga mcm Malaysia. Jadi sedikit sebanyak terdapat perbezaan dari segi undang2 dan kemajuan pengangkutan dan telekomunikasi. Train system kat Melbourne sangat baik jadi x ramai sangat orang yang pakai kereta untuk ke City. Ramai yang pakai train je atau tram. Yang menarik di Aussie ni adalah paycheck kat sini perweek. Dengan Australian Dollar. huhu sangat2 menarik.
Bersambung nnt
"NoHolesBuried"
3 comments:
wuuu..bos holiday smpai melbourne. nk souvenir kangaroo satuu~
huhu bleh u keje kedai mane nnt i hanta kangaroo teddy yer?
weh..best tu....dh stat keje ke?
Post a Comment