Wednesday, November 5, 2008

Ego seorang lelaki (part pertama)

Gambar ini hanya hiasan semata mata & bukan untuk tontonan lelaki

Maaf ye kawan2 lama x update..br lepas exm final ni..kali ni topic pasal ego lelaki..
Semestinya kita mempunyai ego kita sendiri baik lelaki mahupun perempuan. Pada hemat aku ego lelaki sangat tinggi. Aku tengah lepak kat blakang rumah lepas balik main basketball. Terdengar junior tengah gaduh dengan awek dia. Dia cakap kuat sangat sampai aku dlm bilik pun dengar.

Jr : Awak layan dia bagi gambar kat dia. Memang bodoh lah tu. Tu la dia naik mgada2.
Gf Jr : Memember je gurau.
Jr : Abez knapa dia mintak gambar awak bagi siap gambar raya lagi kan. Dia nak runsing2 stdy awak bg gamba kat dia knapa?
Gr Jr: Awak tengok ke gambar sy bg kat dia
Jr : Ye lah knapa awak layan dia?dia Siap letak dlm fs lg
Gf Jr : Siap ajak tengok wayang lagi, ckp syg la knapa? dh la malas aku layan ko.

Dia mati kan tepon
Kendian awek dia tepon lg sambung..pujuk kot?

Jr : Kalo sy jd pompuan sy x layan dia la. Bodoh la mcm tu.
Gf Jr : (Diam sahaja dengar..)
Jr : Awak ckp awk syg la ape la tp sy x nampak pun apa awak buat cara awak mcm awak syg dia.
Gf Jr : Tak tak tak..syg awak la

kemudian diorang gado lg dan aku yg duk dalam bilik dengar saje couple ni gado. Ahli rumah aku pun dok tanye knape bising2 kat luar.

Aku terfikir adekah perempuan suka kene marah mcm lelaki ni marah? Tp knape perempuan ni pujuk lelaki ini lg?

1. Semestinya lelaki perlu mempunyai ego tersendiri. Perempuan yang sifatnye lebih complicated kadang2 akan merajuk atau mengatakan mereka tidak suka akan lelaki yang suka marah2 & ada ego. Namun sebaliknya mereka tidak sedar akan pentingnya ego seorang lelaki terhadap mereka. Marahnya lelaki itu tanda cares dan marahnya lelaki itu terhadap perempuan menghentikan perbuatan salah perempuan itu.

2. Perempuan mempunyai sifat lemah lembut dan tidak suka akan keganasan. Lelaki pula sebaliknya bukan bermakna suka kan keganasan. Tidak juga, tapi lelaki lebih adventure dan terus terang. Namun tidak semua lelaki bersifat macam itu terhadap perempuan. Apabila lelaki itu berpasangan dengan perempuan sesetengah lelaki cenderung untuk melayan kerenah perempuan diatas dasar sayang. Menyebabkan sifat kelakian mereka tidak terserlah sangat. Terlalu banyak untuk dijadikan contoh dalam hal ini. Ketika perempuan itu mengalami masalah tidak tetap pendirian contohnya. Batalkan temujanji secara tiba2 tanpa alasan, tidak
mengotakan janji mereka. Menipu. Sesetengah lelaki yang bercinta kursusnya hanya melayan perempuan itu tanpa marah. Mungkin cara mereka marah adalah merajuk dengan perempuan itu. Merajuk? mungkin cara ini berkesan namun ia bersifat keperempuanan.

3. Perempuan akan berasa lega kerana mereka tidak dimarahi lelaki itu. Perkara ini tidak akan kekal lama terutama kepada perempuan yang lebih matang dari lelaki. Mereka memang akan berasa lega tidak kena marah hari ini, namun suatu ketika nanti mereka akan merasakan lelaki ini terlalu lembut untuk membimbing mereka. Seolah2 lelaki ini tidak mempunyai ego dan pegangan. Hanya mengiakan apa yang mereka buat. Kalaupun marah hanya semacam merajuk. Mereka akan mula sedar mereka memerlukan lelaki yang lebih ego untuk membentuk mereka. Mereka mahukan lelaki yang marah akan kesalahan mereka. Mereka mahukan lelaki yang mereka hormat. Sebab itu kita dapat lihat bagaimana daya tarikan dari lelaki yang lebih pendiam dan bersifat kool, tegas dan macho dari lelaki yang suka senyum, heppy dan tidak tahu marah.

4. Menjadi sifat kita sebagai manusia untuk mencontohi manusia yang lain baik yang baik atau jahat. Kita mempunyai idola masing2. Sifat2 kita kadang2 dipengaruhi oleh rakan2 kita. Adalah menjadi suatu tabiat buruk sekiranya lelaki mengidolakan perempuan yang mereka cintai. Lelaki adalah lelaki dan perempuan adalah perempuan. Perempuan tidak suka sekiranya lelaki itu terlalu banyak mengcopykan sifat perempuan itu. Sekali sekala tidak menjadi masalah. Namun lama kelamaan perasaan borink dan menyampah mula ada pada hati perempuan. Contohnya apabila gaya bahasa mereka turut menjadi gaya bahasa lelaki itu. Cara mereka turut menjadi cara lelaki itu. Sama sahaja. Padahal perlu ada pro and contra dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Perempuan suka menilai lelaki dan lelaki yang hanya suka meniru mereka akan diangap tidak tetap pendirian.

bersambung di part kedua...

10 comments:

L said...

nasib bek aku single

cupid @ stupid said...

fierul aku xsuka ko guna gmbor aku merata2.. tu private je.. kalo awek2 tgk cm mne... huuuuuuuuu...

msama said...

ape la laki ni.. igt kami lelaki camni ke.. jgn la jd pak turut.. berfikir la selagi msih diberi kewarasan.. lelaki adalah dilahirkan menjadi pembimbing..

Anonymous said...

aku sokong MSAMA even i'm a girl. bdk laki skalian jgn la jdi pak turut.ni bkn aku nk ckp psl spe2 la.tp yg aku nmpk sndri laki yg telalu bgantung kt awek ni nmpk cm kurang 'kelakian' sikit.xslh kalo nk ikut ckp awek sbb syg sgt kt awek tu tp jgn la smpai telalu mnurut.kna pijak lak kepala nnt.bl dh kawin tkut kt bini.lg parah.tnjuk la sikit yg kaum adam ni ada sifat kepimpinan.nk ckp lbih2 tkut aku dpt laki yg mcm ni plk nnt..juz my opinion..

manis said...

masam!!

masam said...

manis!!

Suburbanzero said...

huh..menarik2
gaduh smpai korang dgr
mmg manteppp
ego...aku dulu dok tny2 gak natang ape ego tu
biskut ke, keropok ke kn
haha
tp aku dh tau dh
;P

Acai said...

Egois dan antagonis agak ape yg same???

Anonymous said...

egois vs tolerancios

Anonymous said...

egois vs sambal ikan tumis